Sunday, 10 April 2016

PERTUBUHAN BELUM MENERIMA SEBARANG TUNTUTAN DARI WARIS AHLI .

  KETAHUI HAK ANDA.

 

 

KWSP SEBENARNYA Sediakan Bantuan RM2500, Tapi Korang aje Yang Tak Tahu-rugilah tak ambil tau hal duit ni,diaorg mmg tak nak korg taula kot, selamat duit ..

KWSP Sebenarnya Sediakan Bantuan RM 2500 Setiap 6 Bulan Kepada Semua Pencarum KWSP | Tidak kira berapa umur anda, tidak kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada di dalam anda akaun KWSP, dan kira berapa lama anda telah membayar kepada KWSP, mengikut Undang-undang Kerajaan, KWSP perlu membayar RM 2500 untuk keluarga pemegang akaun KWSP apabila dia / dia mati (ahli keluarga perlu menuntut RM 2500 dalam tempoh 6 bulan).
Mungkinkah KWSP tidak pernah memberitahu kepada kita tentang pekara ini, kalau di hitung, sangatlah sedikit keluarga yang benar-benar menerima RM ini 2500 apabila ahli keluarga / beliau meninggal dunia, kerana tidak ramai yang tahu tentang perkara ini. Di manakah ini RM 2500 pergi apabila keluarga itu meninggal dunia itu tidak menuntut RM2500? poket seseorang?? Kita tidak tahu!
Oleh itu, sila dihujani maklumat ini kepada semua anda keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan rakan-rakan, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk menuntut RM2500 apabila / mati keluarganya beliau. Jangan biarkan ini RM 2500 pergi ke poket seseorang!
Rujuk dan isi borang di sini. Semoga bermanfaat sebarkan semoga menjadi pahala berterusan.
http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/207297/borang_kematian_-_utama__mei_2012_.pdf

Saturday, 9 April 2016

MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT
PENGENALAN
Usaha Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menerbitkan MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT merupakan satu komitmen untuk menggalakkan kesedaran kualiti khususnya dikalangan pengusaha ladang dan pekebun-pekebun kecil.Manual ini menghuraikan tatacara penggredan yang meliputi kaedah persampelan, kaedah penggredan, pengiraan kadar perahan serta dokumen-dokumen yang perlu untuk penggredan.
PENDAHULUAN
MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT  ini disediakan sebagai satu panduan praktikal untuk menggred buah kelapa sawit dikilang.
OBJEKTIF
Objektif khusus adalah :-
        I.            Untuk mempertingkatkan mutu buah kelapa sawit yang dipasarkan ke kilang
     II.            Untuk mempertingkatkan kualiti pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia.
   III.            Untuk mempertingkatkan kecekapan kadar perahan minyak dan isirong kelapa sawit di kilang.
  IV.            Untuk menentukan pembekal dan pengilang mendapat pulangan yang setimpal.
PROSEDUR PENGGREDAN
Prosedur Persampelan: Pilih  tandan secara rawak sebagai sampel daripada setiap konsignasi yang hendak digred. Saiz sampel minima bagi  konsignasi kurang daripada 5 tan metrik ialah 50 tandan dan bagi konsignasi 5 tan metrik atau lebih ialah 100 tandan.
Kekerapan Penggredan: Kekerapan penggredan bagi pembekal yang mempunyai ikatan kontrak jangka panjang ialah 1:10 lori. Jika tidak penggredan dibuat keatas semua konsignasi.

Klasifikasi Tandan:

1.Tandan Masak ialah tandan segar yang berwarna oren kemerahan dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren. Tandan ini mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) soket segar buah relai dan lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah masih melekat pada tandan semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.

 2.Tandan Mengkal ialah tandan segar yang berwarna oren kemerahan atau ungu kemerahan dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren kekuningan. Tandan ini mempunyai kurang daripada sepuluh (10) soket segar buah relai semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.


  3. Tandan Muda ialah tandan segar yang berwarna hitam atau ungu kehitaman dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kekuningan. Tandan ini tidak mempunyai soket segar buah relai semasa pemeriksaan di kilang. Soket buah relai (jika ada) pada tandan buah muda bukan disebabkan oleh proses kemasakan biasa
 4.Tandan Terlalu Masak ialah tandan segar yang mempunyai buah berwarna merah tua dan lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah telah relai daripada tandan tetapi sekurang-kurangnya sepuluh peratus (10%) buah segar masih melekat pada tandannya semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai. 
  1.    5.Tandan Kosong ialah tandan yang lebih daripada sembilan puluh peratus (90%) buah telah relai dari tandannya semasa pemeriksaan di kilang.
      6. Tandan Busuk ialah tandan yang sebahagian atau kesemua bahagian tandan dan buah relainya telah berubah warna kepada kehitaman, busuk dan berkulat
7. Tandan Tangkai Panjang ialah tandan segar yang mempunyai tangkai melebihi 5cm diukur dari paras terbawah tangkai tandan.



  1. Tandan Tidak Segar ialah tandan yang telah dituai dan dibiarkan di ladang lebih daripada 48 jam sebelum dihantar ke kilang dan semua atau sebahagian buah serta tangkainya telah layu. Tangkai tandan tidak segar biasanya kering dan berwarna kehitaman.


 
9.Tandan Lama ialah tandan yang telah dituai dan dibiarkan lama di ladang sebelum dihantar ke kilang. Buah yang masih melekat pada tandan ini telah kecut dan berwarna perang kehitaman. Tangkainya juga telah kecut, lembut, berserabut dan warna kehitaman.




 10.Tandan Kotor ialah tandan yang lebih separuh daripada permukaan buahnya berlumpur, berpasir,beramang dan dicampur dengan batu atau jirim-jirim asing yang lain



   11.Tandan Kecil  ialah tandan yang mempunyai buah yang kecil dan beratnya kurang daripada 2.3 kg
 12.Tandan Rosak ialah tandan yang lebih daripada 30 % bahagian buahnya telah rosak diserang oleh binatang-binatang perosak terutamanya tikus.



  1. Tandan Berpenyakit ialah tandan yang mempunyai buah yang tidak normal dari segi saiz atau kepadatannya atau tandan yang mempunyai lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah ‘parthenocarpic’

14.Tandan Dura ialah tandan segar yang buahnya mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
    -  Tebal tempurung                       -    2-8 mm
    -  Nisbah tempurung dengan buah -    25-50 %
    -  Nisbah mesokarpa dengan buah   -    20-60 %
    -  Nisbah isirong dengan buah          -    4-20 %
    -  Tiada gelung serabut di sekeliling biji




  1. Buah Relai  ialah buah yang berwarna oren kemerahan yang gugur daripada tandan segar kerana masak. Buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas tandan dituai.
  2. Tandan Basah adalah merujuk kepada konsignasi buah kelapa sawit yang mempunyai kandungan air yang berlebihan.
Setakat hari ini pertubuhan belum lagi menyalurkan wang dari tabung pertubuhan untuk kebajikan ahli kerana belum ada ahli yg telah layak untuk menerima bantuan tersebut oleh kerana proses pendaftaran ahli masih lagi belum selesai sepenuhnya. Jika segalanya berjalan lancar, tabung kebajikan ahli ini akan mula beroperasi pada bulan May 2016,iaitu selepas semua pendaftaran ahli telah lengkap.

Buat masa sekarang, bantuan yang diterima oleh ahli ialah dari sumbangan ikhlas dari sahabat-sahabat yang prihatin  dengan menggunakan TABUNG DERMA yang diletakan oleh wakil pertubuhan di pondok pengawal dipintu masuk utama KSJ8.

Untuk pengetahuan semua TABUNG DERMA yang kita lihat pada hari ini ialah untuk membantu kos rawatan ISTERI  Saudara Amir dari J11. Oleh kerana isterinya sakit, En Amir tidak dapat meneruskan tugas beliau seperti biasa kerana terpaksa merawat dan menguruskan hal ehwal keluarga dan rumah tangga.Oleh itu, marilah kita sama-sama membantu En Amir sekeluarga dengan seikhlas hati dan kemampuan kita untuk meringankan beban yang beliau hadapi sekarang,dan berdoa semoga isteri beliau segera sembuh dan En Amir boleh bertugas kembali seperti biasa...Jazakallahhukhairaa.
    foto: En Nan sedang menyelia proses penghantaran BTS dan TABUNG DERMA
   foto: Saudara Tea O  (J11) sedang makan tengahari ditemani oleh saudara Pok Cik (J11).

Hari ini proses kemasukan kekilang untuk penghantaran buah sawit agak lembab disebabkan hasil tuaian BTS semakin meningkat disemua kawasan KSJ8,dan ditambah oleh aktiviti alih hantar dan juga pengeluaran tandan kosong.Masaalah ini diburukan lagi dengan shovel Pak Ya yang rosak.tempoh purata menunggu ialah 2 jam..dikesempatan ini semua pemandu berehat dan berbual-bual sesama mereka dikawasan kilang dan juga dikedai makan En Wahab yg berada diseberang jalan dihadapan kilang

Friday, 8 April 2016

Cerita tentang Kelapa Sawit.


Kelapa sawit terdiri daripada dua spesies Arecaceae atau famili palma yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit afrika, Elaeis guineensis,  berasal dari Afrika barat di antara Angola dan Gambia, manakala kelapa sawit Amerika, Elaeis oleifera, berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Ia adalah tanaman utama di Malaysia pada masakini. Terdapat seluas 4,691,160 hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 2009 berbanding cuma 642,00 hektar direkodkan pada tahun 1975. Pada masa ini Negeri Sabah merupakan kawasan utama tanaman sawit di Malaysia (1.362 juta ha atau 29.7%) diikuti oleh Sarawak (0.840 juta hektar atau 16.6% ) dan Johor (0.712 juta hektar atau 15.32%). Negeri paling kecil mempunyai tanaman kelapa sawit adalah di Pulau Pinang iaitu cuma 14,000 hektar sahaja. Daripada jumlah keluasan tersebut seluas 2.807 juta hektar kelapa sawit ditanam oleh pihak estet swasta (59.8%) sementara 20.2% dimajukan oleh Skim Kerajaan (FELDA - 675,167 ha, RISDA- 80,262 dan FELCRA- 160,832) , 321,947 hektar (7,1%) oleh Skim Kerajaan Negeri dan bakinya seluas 540,194 hektar (12.98%) oleh pekebun kecil.

Kehadiran Mesyuarat Agong Kali Pertama.

Tahniah  dan terima kasih kepada semua yang menjayakan Mesyuarat Agong Kali Pertama ini.Diharap penyertaan/kehadiran ahli akan lebih memberangsangkan pada mesyuarat dan juga apa-apa program pertubuhan yang akan diadakan pada masa akan datang.

Namun begitu, pungutan derma untuk membiayai  mesyuarat agong ini sangat mengalakkan.Kita telah dapat sokongan dari 115 orang pemandu dan pemilik yang seikhlas hati menderma RM10.00 seorang.Pihak Penaja juga telah memberi sumbangan peribadi seperti hamper dan hadiah untuk ahli dan tetamu kehormat.

Kita sangat berterima kasih pada ahli-ahli dari FJ11 yang  membantu untuk mendapat kebenaran dari Petubuhan Belia J11 iaitu pemilik dewan dan peralatan untuk tujuan mesyuarat kita ini.Selain itu mereka juga dapat menjemput Tuan Pengurus Felda Jengka 11 untuk hadir bagi tujuan merasmikan mesyuarat ini.

Jazakallahukhairaa....

Akan di Update sedikit masa lagi selepas pendaftaran ahli batch pertama



Tahun 2016

BADAN KHAIRAT & KEBAJIKAN PEMANDU & PEMILIK LORI SAWIT KILANG JENGKA 8














 PERLEMBAGAAN   PERTUBUHAN



NAMA AHLI   :  M.RODZI A KADIR
ALAMAT        : NO 358,felda Sungai Tekam Utara 27060 
                         Jerantut Pahang Darul Makmur
TEL                 :016-952 2525

No Keahlian : STU 001




...................................................................................................................................





PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
BADAN KHAIRAT&KEBAJIKAN PEMANDU&PEMILIK LORI SAWIT KILANG  JENGKA 8

FASAL 1 NAMA
Nama Pertubuhan ini dikenali dengan nama BADAN KHAIRAT& KEBAJIKAN PEMANDU&PEMILIK LORI SAWIT KILANG JENGKA 8, Selepas ini disebut“Pertubuhan”.

FASAL 2 ALAMAT BERDAFTAR
Alamat berdaftar Pertubuhan ini ialah di alamat : NO 229,Felda Kesidang Jengka 8,Bandar Pusat Jengka 27070  Pahang Darul Makmur. 

FASAL 3 TUJUAN / MATLAMAT
3.1 Tujuan pertubuhan ini untuk menggalakkan ahli bersatu dan berkerjasama pada memberikan bantuan kewangan, bila berlaku kematian kepada ahli atau tanggungannya, untuk membantu keluarga si mati yang bertanggungjawab menyempurnakan pengkebumian Jenazah  si mati.
3.2 Menggalakkan ahli-ahli supaya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara mereka.
3.3 Untuk menjaga ahli-ahli di dalam hal-hal kebajikan, dan kegiatan Kemasyarakatan yang berteraskan Nilai-nilai Keislaman.
FASAL 4 KEAHLIAN
4.1 Ahli-ahli Pertubuhan ini terbuka kepada semua pemandu dan pemilik yang menghantar BTS ke kilang sawit Jengka 8  yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 60 tahun. Seseorang yang ingin menjadi ahli hendaklah memohon dan mendaftar namanya, nama-nama tanggungannya lengkap dengan umur dan alamat kepada setiausaha.
4.2 Taraf keahlian masih kekal walaupun ahli-ahli pindah atau bertukar ke Kilang lain dengan syarat beliau terus menjelaskan yuran bulanan.
4.3 Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah mengisi borang yang  disediakan, Borang yang telah dipenuhi diserahkan kepada Setiausaha untuk di bawa kepada pertimbangan Jawatankuasa.
4.4 Jawatankuasa berkuasa meluluskan atau menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
4.5 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan ini hendaklah memberi kenyataan yang bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutangnya.

FASAL 5 MASUK MENJADI AHLI
5.1 Tiap-tiap ahli baru hendaklah membayar wang masuk menjadi ahli sebanyak RM10.00  ( Ringgit Malaysia : Sepuluh Sahaja )
5.2 Wang masuk menjadi ahli gunanya semata-mata untuk membayar pendahuluan bantuan kematian dan kebajikan dan tidak boleh digunakan untuk perkara-perkara lain.
5.3 Bila ada kematian atau bantuan kebajikan, wang khairat atau bantuan kebajikan boleh dibayar daripada kumpulan wang masuk menjadi ahli.
5.4 Ahli-ahli yang membayar wang masuk menjadi ahli maka berhaklah ia menerima apa-apa bantuan daripada Pertubuhan ini selepas satu(1) bulan diterima menjadi ahli dan disahkan keahlian oleh jawatankuasa. Ahli-ahli yang berhenti daripada menjadi ahli tidak berhak menerima bantuan kematian berserta bantuan Kebajikan dan menuntut balik apa-apa wang yang telah dibayar kepada pertubuhan ini.

FASAL 6 YURAN BULANAN
6.1 Tiap-tiap ahli dikenakan membayar yuran bulanan sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia: Lima Sahaja) kepada Bendahari terlebih dahulu sebelum akhir tiap-tiap bulan. Ahli yang membiarkan hutang yuran bulannya lebih daripada tiga (3) bulan berturut-turut, satu peringatan akan dikeluarkan oleh Setiausaha atau Bendahari kepada ahli yang berkenaan dan jika ahli tersebut masih tidak membayar hutang yuran bulanannya yang disyaratkan dalam tempoh satu (1) bulan daripada tempoh surat peringatan dikeluarkan, maka ia telah dianggap terhenti menjadi ahli.
6.2 Yuran bulanan dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu RM0.50 sen utk bahagian pentadbiran dan RM9.50(Ringgit Malaysia: Sembilan Ringgit lima Puluh Sahaja) untuk bahagian khairat kematian dan bantuan kebajikan. Kira-kira bagi tiap-tiap bahagian hendaklah diasingkan. Yuran bahagian khairat dan bantuan kebajikan akan dimasukkan ke dalam tabung khairat dan bantuan kebajikan bersama-sama wang menjadi ahli untuk membayar bantuan seperti di fasal 8 dan 9.
6.3 Segala wang masuk dan lain-lain sumber pendapatan hendaklah digunakan untuk pembayaran bantuan dan wang ini hendaklah dimasukan ke dalam Bank atau disimpan dengan satu bank daripada Malaysia Exchange Bank Association atas nama pertubuhan.

FASAL 7 KEWANGAN
7.1 Tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut dalam undangundang ini, wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah pemeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.
7.2 Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00 ( Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja ) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada itu mestilah dimasukkan kedalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.
7.3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangan bersama Pengerusi dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi,Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.
7.4 Perbelanjaan berjumlah RM1,000.00 dan keatas (Ringgit Malaysia: Satu Ribu dan keatas) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih RM5,000.00 dan keatas (Ringgit Malaysia: Lima Ribu dan keatas) bagi sesuatu masa tidak boleh dikeluarkan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agong terlebih dahulu.Perbelanjaan yang kurang daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh yang Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari. Walaupun demikian pembayaran bantuan yang ditetapkan dalam Fasal 8 & 9 dibawah tidak tertakluk kepada sekatan ini dan boleh dibayar seterusnya jika syarat-syarat mendapatkan bantuan telah disempurnakan.
7.5 Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik di bawah Fasal 17 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agong Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
7.6 Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

FASAL 8 BANTUAN KEMATIAN
Wang bantuan akan dikeluarkan bila berlaku kematian seperti di bawah ini :
a) Atas kematian ahli : RM1000.00 ( RINGGIT MALAYSIA : SATU RIBU SAHAJA)

b) Atas kematian Isteri Ahli : RM500.00 ( RINGGIT MALAYSIA :LIMA RATUS SAHAJA)

c) Atas kematian anak Ahli : RM200.00 (RINGGIT MALAYSIA : DUA RATUS  SAHAJA)

FASAL 9 BANTUAN KEBAJIKAN ( AHLI SAHAJA )
Wang bantuan kebajikan adalah seperti berikut :
a) Bayaran kebajikan kepada ahli yang hilang keupayaan atau RM200.00 (RINGGIT MALAYSIA :DUA RATUS SAHAJA) sekali seorang sahaja.
Kecacatan kekal (Merujuk kepada tafsiran Perbendaharaan 13/94)

b) Bencana alam (seperti banjir,kebakaran,rebut taufan,gempabumi RM100.00 (RINGGIT MALAYSIA : SATU RATUS SAHAJA .Dan lain-lain yang melibatkan rumah kediaman ahli.Sekali setahun sahaja.

c) Rawatan perubatan di Hospital (Masuk Wad 3hari ) RM100.00 (RINGGIT MALAYSIA :SATU RATUS SAHAJA )sekali dalam satu tahun untuk ahli sahaja.

d) Ahli yang akan berkahwin RM50.00( RINGGIT MALAYSIA : LIMA PULAUH SAHAJA) Sekali sahaja untuk seorang ahli.

e) Sumbangan kepada ahli yang bersara RM200.00 (RINGGIT MALAYSIA : DUA RATUS SAHAJA)

f) Peruntukan bagi membuat lawatan (ziarah) keatas ahli (Sekurang-kurangnya 10km keatas dan diluluskan oleh Yang Dipertua ) Minima  RM10.00:  Maksima  RM50.00

FASAL 10 SYARAT BANTUAN
Bantuan kematian akan dibayar atas kematian ahli dan tanggungan tanggungan ahli yang namanya terdapat di dalam daftar yang disimpan oleh setiausaha dengan syarat ada sijil mati yang sah. Atas kematian tanggungan, bantuan akan dibayar kepada ahli dan atas kematian ahli sendiri bantuan akan dibayar kepada warisnya. Bantuan kematian akan dibayar kepada seorang waris sahaja.

FASAL 11 PENTADBIRAN
11.1 Kuasa yang tertinggi di dalam Pertubuhan ini terletak di atas Mesyuarat Agong. Mesyuarat Agong Tahunan ahli-ahli hendaklah melantik ahli-ahli Jawatankuasa 1 tahun sekali untuk mentadbir perjalanan harian Pertubuhan. Mereka ini akan memegang jawatan selama 1 tahun.
Ahli-ahli Jawatankuasa ini mengandungi :-
1) Seorang Pengerusi
2) Seorang Timbalan Pengerusi
3) Seorang Setiausaha
4) Seorang Penolong Setiausaha
5) Seorang Bendahari
6)  8 orang Ahli Jawatan Kuasa Kawasan 

1.Felda Sungai Tekam Utara  2.Felda Sungai Tekam Getah 3 .Felda Jengka 1        4.Felda Jengka 10       5. Felda Jengka 11        6.Felda Jengka 9         7.Felda jengka 8          8.PPP Tun Razak

11.2 Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan dipilih dijalankan 1 tahun sekali dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agong Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula .
11.3 Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa dan tiap-tiap Pegawai yang lain yang menjalankan tugas pemerintahan di dalam Pertubuhan ini hendaklah dari warganegara Malaysia.

FASAL 12  KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
12.1 Pengerusi hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Jawatankuasa dan semua Mesyuarat Agong dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.
12.2 Timbalan Pengerusi akan membantu yang Pengerusi menjalankan urusan pentadbiran Pertubuhan dan dalam masa ketiadaan Pengerusi, ia akan mempengerusikan segala mesyuarat dan juga menjalankan tugas-tugas Pengerusi.
12.3 Setiausaha akan menguruskan segala surat menyurat bagi pihak Pertubuhan, menyimpan segala peringatan mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agong, menjaga buku-buku peringatan tentang perjalanan Pertubuhan dan menjalankan tugas-tugas yang patut diselenggarakan oleh Setiausaha.
Buku-buku daftar ahli hendaklah mengandungi butir-butir berikut :
1. Bil Ahli                                   5. No.Kad Pengenalan
2. Nama Ahli                              6. Alamat Rumah
3. Tarikh Menjadi Ahli                7. Nama-Nama tanggungan
4. Umur / Tarikh Lahir                8. Nama Waris
Ia hendaklah menandatangani semua Cek Pertubuhan bersamasama dengan Pengerusi atau Bendahari. Setiausaha hendaklah didalam masa 60 hari daripada Mesyuarat Agong Tahunan diadakan mengirim penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1996.
12.4 Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
12.5 Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas keputusannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi atau Setiausaha.
12.6 Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan menolong pegawai yang di atas itu menjalankan tugas-tugas mereka.

FASAL 13 MESYUARAT AGONG 

13.1 Mesyuarat Agong Tahunan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 30 April tiap-tiap tahun. Notis mesyuarat tersebut salinan laporan tahunan dan Penyata Kira-kira yang telah diperiksa oleh Juruaudit yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan bagi tahun yang lalu hendaklah diedarkan kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum di adakan mesyuarat.
13.2 Perkara-perkara yang hendak diuruskan dalam Mesyuarat Agong Tahunan ialah:-
13.2.1 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agong yang lepas
13.2.2 Menerima Laporan Jawatankuasa berkenaan kerjakerja pertubuhan di dalam tahun lalu.
13.2.3 Menerima Penyata Kira-Kira bagi tahun yang lalu.
13.2.4 Melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kirakira 1 tahun sekali
13.2.5 Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
13.3 Mesyuarat Agong Tahunan hanya akan sah dijalankan jika dihadiri oleh ahli-ahli yang berjumlah tidak kurang daripada tiga kali jumlah ahli jawatankuasa.

FASAL 14 MESYUARAT AGONG KHAS
14.1 Mesyuarat agong Khas boleh diadakan pada bila-bila masa pun apabila difikirkan mustahaknya oleh mesyuarat Jawatankuasa dan mestilah diadakan oleh Setiausaha dalam tempoh 30 hari setelah menerima permintaan bertulis yang ditandatangani beramai-ramai oleh tidak kurang daripada satu perempat (1/4) jumlah ahli yang menerangkan sebab-sebab hendak diadakan mesyuarat itu.
14.2 Notis dan agenda untuk Mesyuarat Agong Khas hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurangkurangnya tujuh (7) hari sebelum diadakan mesyuarat
14.3 Mesyuarat Agong Khas sah dijalankan jika dihadiri oleh ahli-ahli yang berjumlah tidak kurang daripada tiga kali jumlah ahli-ahli Jawatankuasa.

FASAL 15 MESYUARAT JAWATANKUASA
15.1 Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurangkurangnya tiga bulan sekali dan boleh diadakan juga pada bila-bila masa pun jika difikirkan perlu oleh Pengerusi
15.2 Notis dan agenda untuk mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diedarkan kepada semua ahli Jawatankuasa sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan mesyuarat.
15.3 Mesyuarat Jawatankuasa hanya sah dijalankan jika dihadiri oleh tidak kurang daripada setengah jumlah ahli-ahli Jawatankuasa.
15.4 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.

FASAL 16 PEMECATAN AHLI
Pemecatan ahli-ahli Jawatankuasa dan pilihan gantinya boleh dilakukan di dalam Mesyuarat Agong Khas. Mesyuarat jawatankuasa boleh melantik pemangku bagi jawatan-jawatan yang kosong kerana ahli-ahli Jawatankuasa yang kosong kerana ahli-ahli Jawatankuasa yang berhenti atau meninggal dunia.

FASAL 17 PEMERIKSA KIRA-KIRA
Dua orang ahli yang bukan ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah dilantik 2 tahun sekali di dalam Mesyuarat Agong Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan untuk Mesyuarat Agong Tahunan. Mereka juga boleh memeriksa kira-kira Pertubuhan pada bilabila masa juga jika difikirkan perlu oleh Pengerusi. Sekurangkurangnya sekali tiap-tiap tahun, kira-kira Pertubuhan hendaklah dikemukakan untuk Juruaudit yang diluluskan terlebih dahulu oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 18 PERKARA AM
18.1 Seorang ahli boleh menamakan sebagai orang yang akan menerima wang bantuan daripada golongan yang disebut selepas ini suami,isteri, anak(termasuk anak angkat), cucu, ibubapa, ibu mertua, menantu saudara seibu dan sebapa, anak kepada saudara seibu dan sebapa, atau anak kepada saudara seibu dan sebapa atau ibu saudara seibu dan sebapa atau anak kepada bapa atau ibu saudara seibu atau sebapa kepada ahli dengan syarat seorang ahli boleh menamakan mana-mana orang lain dengan bertulis yang ditandatangani sendiri di hadapan dan disahkan oleh Jaksa Pendamai atau Majistret atau Pendaftar Pertubuhan.
18.2 Tiap-tiap ahli hendaklah diberi satu salinan undang-undang Pertubuhan ini.
1 8.3 Buku-buku berkenaan dengan Pertubuhan ini dan dafar ahli-ahli boleh diperiksa oleh seseorang yang mempunyai sesuatu kepentingan dalam kumpulan wang Pertubuhan dengan syarat memberitahu Setiausaha 5 hari terlebih dahulu.
18.4 Ahli-ahli yang ada kemusykilan terhadap pegawai-pegawai Pertubuhan atau Pertubuhan ini boleh mengemukakan kemusykilan di dalam mesyuarat agong dan keputusan mesyuarat Agong adalah mutlak dan tidak boleh dibawa ke mahkamah.Bekas ahli dan mereka yang ada sangkutannya dengan Pertubuhan ini boleh mengemukakan kemusykilan ke dalam Mesyuarat agong melalui ahli Pertubuhan.
18.5 Ahli yang sengaja melanggar undang-undang Pertubuhan ini atau berkelakuan tidak baik sehingga mendatangkan atau akan mendatangkan keburukan nama baik atau kerugian pada Pertubuhan ini boleh dipecat ahli dari menjadi ahli oleh mesyuarat Jawatankuasa.Sebelum dipecat ahli itu mestilah diberitahu dengan bertulis tentang-tentang sebabnya ia hendak dipecat ahli dan diberi peluang untuk memberi apa-apa penjelasan yang ada dengan bertulis atau dengan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa yang di adakan khas kerananya. Jika 2/3 daripada jumlah ahli-ahli Jawatankuasa yang hadir dalam mesyuarat mengundi menyokong pemecatan, maka ahli dipecat dengan serta merta. Walaupun demikian ahli itu boleh, jika tidak puas hati merayu kepada Mesyuarat agong menurut ceraian 18.4 di atas.
18.6 Lima puluh peratus daripada kumpulan-kumpulan wang Pertubuhan yang tidak segera dikehendaki untuk membayar faedah-faedah, bolehlah dilaburkan dengan cagaran-cagaran amanah atau dengan persetujuan Mesyuarat Agong dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan atas syarat-syarat sebagaimana yang dikemukakan bagi membeli tanah.
18.7 Badan ini boleh menerima apa-apa bentuk derma daripada orang perseorangan, kelab-kelab dan lain-lain Pertubuhan yang berdaftar atau badan-badan kewangan yang lain. Juga ia boleh menjalankan berberapa kegiatan yang akan menambahkan tabung kewangan dengan tidak menyalahi undang-undang Kerjaan Malaysia.

FASAL 19 PENGAMANAH
19.1 Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat agong dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Kepada mereka yang diamanahkan semua harta tetap dan Pelaburan Kumpulan Wang Pertubuhan dengan menandatangani satu Surat Amanah. Seseorang ahli yang memegang jawatan Setiausaha dan Bendahari dalam Pertubuhan ini tidak boleh dilantik menjadi seorang Pengamanah.
19.2 Satu salinan ketetapan melantik seorang pemegang amanah yang ditandatangani oleh Pengamanah yang dilantik dan disahkan oleh Setiausaha hendaklah dihantarkan kepada Pendaftar Pertubuhan.
19.3 Seorang Pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya ke Mesyuarat Agong oleh sebab unzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seorang Pengamanah, maka kekosongan itu bolehlah dipenukan oleh Pengamanah yang baru dilantik di dalam Mesyuarat Agong.

FASAL 20 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
Diantara Mesyuarat-mesyuarat Agong, Mesyuarat Jawatankuasa bolehlah member tafsiran kepada undang-undang ini dan memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.Keputusan Jawatankuasa itu adalah muktamad jika tidak atau sehingga dirombak oleh Mesyuarat Agong.
FASAL 21 PINDAAN UNDANG-UNDANG
Segala pindaan kepada Undang-undang ini hendaklah diluluskan di dalam Mesyuarat Agong oleh ahli-ahli yang hadir dengan suara terbanyak akan tetapi pindaan kepada undang-undang yang akan mengurangkan bantuan yang ditetapkan dalam Undang-undang ini hanya boleh dibuat dengan persetujuan tiga suku daripada jumlah ahliahli Pertubuhan dengan cara undi sulit. Permohonan untuk pindaan Undang-undang berdaftar hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari daripada tindakan keputusan hendak membuat pindaan itu. Segala pindaan undang-undang tidak boleh dijalankan kuatkuasanya sebelum terlebih dahulu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 22 PEMBERIAN SAGUHATI
Sesiapa dari ahli Pertubuhan yang didapati banyak masa dan tenaga kerja melibatkan di dalam kerja-kerja perjalanan Pertubuhan ini,saguhati akan diberikan kepadanya. Pemberian ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agong Tahunan.

FASAL 23 PEMBUBARAN
Pertubuhan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli-ahli yang berhak mengundi di dalam mesyuarat agong diadakan khas kerananya. Apabila keputusan didapati, maka segala hutang dan piutang yang sah hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah dibahagi-bahagikan mengikut keputusan Mesyuarat Agong untuk pembuburan Pertubuhan ini. Kenyatan bersabit dengan pembuburan ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa 14 hari daripada tarikh pembubaran ini.

Disediakan oleh                                 Disemak Oleh                                  Disahkan oleh
Setiausaha Pertubuhan                      Bendahari Pertubuhan                        Pengerusi Pertubuhan

En M Rodzi b.A Kadir                       En  Elias b.Jusoh                              En Jamil b.Sabirim

Thursday, 7 April 2016