Tahun 2016
|
|
BADAN KHAIRAT & KEBAJIKAN
PEMANDU & PEMILIK LORI SAWIT KILANG JENGKA 8
|
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
NAMA
AHLI : M.RODZI A KADIR
ALAMAT : NO 358,felda Sungai Tekam Utara 27060
Jerantut Pahang Darul Makmur
Jerantut Pahang Darul Makmur
TEL :016-952 2525
No Keahlian : STU 001
...................................................................................................................................
No Keahlian : STU 001
...................................................................................................................................
PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN
BADAN
KHAIRAT&KEBAJIKAN PEMANDU&PEMILIK LORI SAWIT KILANG JENGKA 8
FASAL 1 NAMA
Nama
Pertubuhan ini dikenali dengan nama BADAN KHAIRAT& KEBAJIKAN PEMANDU&PEMILIK
LORI SAWIT KILANG JENGKA 8, Selepas ini disebut“Pertubuhan”.
FASAL 2 ALAMAT BERDAFTAR
Alamat
berdaftar Pertubuhan ini ialah di alamat : NO 229,Felda Kesidang Jengka
8,Bandar Pusat Jengka 27070 Pahang Darul
Makmur.
FASAL 3 TUJUAN / MATLAMAT
3.1 Tujuan
pertubuhan ini untuk menggalakkan ahli bersatu dan berkerjasama pada memberikan
bantuan kewangan, bila berlaku kematian kepada ahli atau tanggungannya, untuk
membantu keluarga si mati yang bertanggungjawab menyempurnakan pengkebumian
Jenazah si mati.
3.2 Menggalakkan
ahli-ahli supaya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara mereka.
3.3 Untuk
menjaga ahli-ahli di dalam hal-hal kebajikan, dan kegiatan Kemasyarakatan yang
berteraskan Nilai-nilai Keislaman.
FASAL 4 KEAHLIAN
4.1
Ahli-ahli Pertubuhan ini terbuka kepada semua pemandu dan pemilik yang
menghantar BTS ke kilang sawit Jengka 8 yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun
dan tidak lebih daripada 60 tahun. Seseorang yang ingin menjadi ahli hendaklah
memohon dan mendaftar namanya, nama-nama tanggungannya lengkap dengan umur dan
alamat kepada setiausaha.
4.2 Taraf
keahlian masih kekal walaupun ahli-ahli pindah atau bertukar ke Kilang lain
dengan syarat beliau terus menjelaskan yuran bulanan.
4.3 Setiap
permohonan menjadi ahli hendaklah mengisi borang yang disediakan, Borang yang telah dipenuhi
diserahkan kepada Setiausaha untuk di bawa kepada pertimbangan Jawatankuasa.
4.4
Jawatankuasa berkuasa meluluskan atau menolak sebarang permohonan tanpa memberi
sebab-sebabnya.
4.5 Ahli
yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan ini hendaklah memberi
kenyataan yang bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan
membayar segala hutangnya.
FASAL 5 MASUK MENJADI AHLI
5.1
Tiap-tiap ahli baru hendaklah membayar wang masuk menjadi ahli sebanyak RM10.00 ( Ringgit Malaysia : Sepuluh
Sahaja )
5.2 Wang
masuk menjadi ahli gunanya semata-mata untuk membayar pendahuluan bantuan
kematian dan kebajikan dan tidak boleh digunakan untuk perkara-perkara lain.
5.3 Bila ada
kematian atau bantuan kebajikan, wang khairat atau bantuan kebajikan boleh
dibayar daripada kumpulan wang masuk menjadi ahli.
5.4
Ahli-ahli yang membayar wang masuk menjadi ahli maka berhaklah ia menerima
apa-apa bantuan daripada Pertubuhan ini selepas satu(1) bulan diterima menjadi
ahli dan disahkan keahlian oleh jawatankuasa. Ahli-ahli yang berhenti daripada
menjadi ahli tidak berhak menerima bantuan kematian berserta bantuan Kebajikan
dan menuntut balik apa-apa wang yang telah dibayar kepada pertubuhan ini.
FASAL 6 YURAN BULANAN
6.1
Tiap-tiap ahli dikenakan membayar yuran bulanan sebanyak RM10.00 (Ringgit
Malaysia: Lima Sahaja) kepada Bendahari terlebih dahulu sebelum akhir tiap-tiap
bulan. Ahli yang membiarkan hutang yuran bulannya lebih daripada tiga (3) bulan
berturut-turut, satu peringatan akan dikeluarkan oleh Setiausaha atau Bendahari
kepada ahli yang berkenaan dan jika ahli tersebut masih tidak membayar hutang
yuran bulanannya yang disyaratkan dalam tempoh satu (1) bulan daripada tempoh
surat peringatan dikeluarkan, maka ia telah dianggap terhenti menjadi ahli.
6.2 Yuran
bulanan dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu RM0.50 sen utk bahagian pentadbiran
dan RM9.50(Ringgit Malaysia: Sembilan Ringgit lima Puluh Sahaja) untuk bahagian
khairat kematian dan bantuan kebajikan. Kira-kira bagi tiap-tiap bahagian
hendaklah diasingkan. Yuran bahagian khairat dan bantuan kebajikan akan dimasukkan
ke dalam tabung khairat dan bantuan kebajikan bersama-sama wang menjadi ahli
untuk membayar bantuan seperti di fasal 8 dan 9.
6.3 Segala
wang masuk dan lain-lain sumber pendapatan hendaklah digunakan untuk pembayaran
bantuan dan wang ini hendaklah dimasukan ke dalam Bank atau disimpan dengan
satu bank daripada Malaysia Exchange Bank Association atas nama pertubuhan.
FASAL 7 KEWANGAN
7.1
Tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut dalam undangundang ini, wang
Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan
tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji,
biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah
pemeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan
untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.
7.2
Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00 (
Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja ) pada sesuatu masa. Wang yang lebih
daripada itu mestilah dimasukkan kedalam bank yang diluluskan oleh
Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.
7.3 Segala
cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangan
bersama Pengerusi dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi,Setiausaha atau
Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai
pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.
7.4
Perbelanjaan berjumlah RM1,000.00 dan keatas (Ringgit Malaysia: Satu Ribu dan
keatas) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih
dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih RM5,000.00 dan keatas
(Ringgit Malaysia: Lima Ribu dan keatas) bagi sesuatu masa tidak boleh
dikeluarkan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agong terlebih dahulu.Perbelanjaan
yang kurang daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu
masa boleh diluluskan oleh yang Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.
Walaupun demikian pembayaran bantuan yang ditetapkan dalam Fasal 8 & 9
dibawah tidak tertakluk kepada sekatan ini dan boleh dibayar seterusnya jika
syarat-syarat mendapatkan bantuan telah disempurnakan.
7.5 Penyata
dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun
hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang
dilantik di bawah Fasal 17 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah
tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah
dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agong Tahunan yang berikut dan
salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat tempat urusan
Pertubuhan.
7.6 Tahun
kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb
Disember tiap-tiap tahun.
FASAL 8 BANTUAN KEMATIAN
Wang bantuan
akan dikeluarkan bila berlaku kematian seperti di bawah ini :
a) Atas
kematian ahli : RM1000.00 ( RINGGIT MALAYSIA : SATU RIBU SAHAJA)
b) Atas
kematian Isteri Ahli : RM500.00 ( RINGGIT MALAYSIA :LIMA RATUS SAHAJA)
c) Atas
kematian anak Ahli : RM200.00 (RINGGIT MALAYSIA : DUA RATUS SAHAJA)
FASAL 9 BANTUAN KEBAJIKAN ( AHLI
SAHAJA )
Wang bantuan
kebajikan adalah seperti berikut :
a) Bayaran
kebajikan kepada ahli yang hilang keupayaan atau RM200.00 (RINGGIT MALAYSIA
:DUA RATUS SAHAJA) sekali seorang sahaja.
Kecacatan
kekal (Merujuk kepada tafsiran Perbendaharaan 13/94)
b) Bencana
alam (seperti banjir,kebakaran,rebut taufan,gempabumi RM100.00 (RINGGIT
MALAYSIA : SATU RATUS SAHAJA .Dan lain-lain yang melibatkan rumah kediaman
ahli.Sekali setahun sahaja.
c) Rawatan
perubatan di Hospital (Masuk Wad 3hari ) RM100.00 (RINGGIT MALAYSIA :SATU RATUS SAHAJA
)sekali dalam satu tahun untuk ahli sahaja.
d) Ahli yang
akan berkahwin RM50.00( RINGGIT MALAYSIA : LIMA PULAUH SAHAJA) Sekali sahaja
untuk seorang ahli.
e) Sumbangan
kepada ahli yang bersara RM200.00 (RINGGIT MALAYSIA : DUA RATUS SAHAJA)
f)
Peruntukan bagi membuat lawatan (ziarah) keatas ahli (Sekurang-kurangnya 10km
keatas dan diluluskan oleh Yang Dipertua ) Minima RM10.00: Maksima RM50.00
FASAL 10 SYARAT BANTUAN
Bantuan
kematian akan dibayar atas kematian ahli dan tanggungan tanggungan ahli yang
namanya terdapat di dalam daftar yang disimpan oleh setiausaha dengan syarat
ada sijil mati yang sah. Atas kematian tanggungan, bantuan akan dibayar kepada
ahli dan atas kematian ahli sendiri bantuan akan dibayar kepada warisnya. Bantuan
kematian akan dibayar kepada seorang waris sahaja.
FASAL 11 PENTADBIRAN
11.1 Kuasa
yang tertinggi di dalam Pertubuhan ini terletak di atas Mesyuarat Agong.
Mesyuarat Agong Tahunan ahli-ahli hendaklah melantik ahli-ahli Jawatankuasa 1
tahun sekali untuk mentadbir perjalanan harian Pertubuhan. Mereka ini akan
memegang jawatan selama 1 tahun.
Ahli-ahli
Jawatankuasa ini mengandungi :-
1) Seorang
Pengerusi
2) Seorang
Timbalan Pengerusi
3) Seorang
Setiausaha
4) Seorang
Penolong Setiausaha
5) Seorang
Bendahari
6) 8 orang Ahli Jawatan Kuasa Kawasan
1.Felda
Sungai Tekam Utara 2.Felda Sungai Tekam
Getah 3 .Felda Jengka 1 4.Felda Jengka 10 5. Felda Jengka 11 6.Felda Jengka 9 7.Felda
jengka 8 8.PPP Tun Razak
11.2
Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong
dan dipilih dijalankan 1 tahun sekali dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di
dalam Mesyuarat Agong Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula .
11.3 Semua
ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa dan tiap-tiap Pegawai yang lain yang
menjalankan tugas pemerintahan di dalam Pertubuhan ini hendaklah dari
warganegara Malaysia.
FASAL 12 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
12.1
Pengerusi hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Jawatankuasa dan semua
Mesyuarat Agong dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.
Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat
bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek pertubuhan bersama-sama
dengan Setiausaha dan Bendahari.
12.2
Timbalan Pengerusi akan membantu yang Pengerusi menjalankan urusan pentadbiran
Pertubuhan dan dalam masa ketiadaan Pengerusi, ia akan mempengerusikan segala
mesyuarat dan juga menjalankan tugas-tugas Pengerusi.
12.3
Setiausaha akan menguruskan segala surat menyurat bagi pihak Pertubuhan,
menyimpan segala peringatan mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agong, menjaga
buku-buku peringatan tentang perjalanan Pertubuhan dan menjalankan tugas-tugas
yang patut diselenggarakan oleh Setiausaha.
Buku-buku
daftar ahli hendaklah mengandungi butir-butir berikut :
1. Bil Ahli 5. No.Kad
Pengenalan
2. Nama Ahli 6.
Alamat Rumah
3. Tarikh
Menjadi Ahli 7. Nama-Nama
tanggungan
4. Umur /
Tarikh Lahir 8. Nama Waris
Ia hendaklah
menandatangani semua Cek Pertubuhan bersamasama dengan Pengerusi atau
Bendahari. Setiausaha hendaklah didalam masa 60 hari daripada Mesyuarat Agong Tahunan
diadakan mengirim penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan
sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1996.
12.4
Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan
memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
12.5
Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia
hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab
di atas keputusannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan
bersama-sama dengan Pengerusi atau Setiausaha.
12.6 Ahli
Jawatankuasa Biasa hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan menolong
pegawai yang di atas itu menjalankan tugas-tugas mereka.
FASAL 13 MESYUARAT AGONG
13.1
Mesyuarat Agong Tahunan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah
berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 30 April tiap-tiap
tahun. Notis mesyuarat tersebut salinan laporan tahunan dan Penyata Kira-kira
yang telah diperiksa oleh Juruaudit yang telah diluluskan oleh Pendaftar
Pertubuhan bagi tahun yang lalu hendaklah diedarkan kepada semua ahli sekurang-kurangnya
14 hari sebelum di adakan mesyuarat.
13.2
Perkara-perkara yang hendak diuruskan dalam Mesyuarat Agong Tahunan ialah:-
13.2.1
Mengesahkan Minit Mesyuarat Agong yang lepas
13.2.2
Menerima Laporan Jawatankuasa berkenaan kerjakerja pertubuhan di dalam tahun
lalu.
13.2.3
Menerima Penyata Kira-Kira bagi tahun yang lalu.
13.2.4
Melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kirakira 1 tahun sekali
13.2.5
Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
13.3
Mesyuarat Agong Tahunan hanya akan sah dijalankan jika dihadiri oleh ahli-ahli
yang berjumlah tidak kurang daripada tiga kali jumlah ahli jawatankuasa.
FASAL 14 MESYUARAT AGONG KHAS
14.1
Mesyuarat agong Khas boleh diadakan pada bila-bila masa pun apabila difikirkan
mustahaknya oleh mesyuarat Jawatankuasa dan mestilah diadakan oleh Setiausaha
dalam tempoh 30 hari setelah menerima permintaan bertulis yang ditandatangani
beramai-ramai oleh tidak kurang daripada satu perempat (1/4) jumlah ahli yang menerangkan
sebab-sebab hendak diadakan mesyuarat itu.
14.2 Notis
dan agenda untuk Mesyuarat Agong Khas hendaklah diedarkan oleh Setiausaha
kepada semua ahli sekurangkurangnya tujuh (7) hari sebelum diadakan mesyuarat
14.3
Mesyuarat Agong Khas sah dijalankan jika dihadiri oleh ahli-ahli yang berjumlah
tidak kurang daripada tiga kali jumlah ahli-ahli Jawatankuasa.
FASAL 15 MESYUARAT JAWATANKUASA
15.1
Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurangkurangnya tiga bulan sekali
dan boleh diadakan juga pada bila-bila masa pun jika difikirkan perlu oleh
Pengerusi
15.2 Notis
dan agenda untuk mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diedarkan kepada semua ahli
Jawatankuasa sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan mesyuarat.
15.3
Mesyuarat Jawatankuasa hanya sah dijalankan jika dihadiri oleh tidak kurang
daripada setengah jumlah ahli-ahli Jawatankuasa.
15.4 Ahli
Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan
jawatan di dalam Jawatankuasa.
FASAL 16 PEMECATAN AHLI
Pemecatan
ahli-ahli Jawatankuasa dan pilihan gantinya boleh dilakukan di dalam Mesyuarat
Agong Khas. Mesyuarat jawatankuasa boleh melantik pemangku bagi jawatan-jawatan
yang kosong kerana ahli-ahli Jawatankuasa yang kosong kerana ahli-ahli
Jawatankuasa yang berhenti atau meninggal dunia.
FASAL 17 PEMERIKSA KIRA-KIRA
Dua orang
ahli yang bukan ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah dilantik 2 tahun sekali di
dalam Mesyuarat Agong Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka dikehendaki
memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan untuk Mesyuarat
Agong Tahunan. Mereka juga boleh memeriksa kira-kira Pertubuhan pada bilabila
masa juga jika difikirkan perlu oleh Pengerusi. Sekurangkurangnya sekali
tiap-tiap tahun, kira-kira Pertubuhan hendaklah dikemukakan untuk Juruaudit
yang diluluskan terlebih dahulu oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 18 PERKARA AM
18.1 Seorang
ahli boleh menamakan sebagai orang yang akan menerima wang bantuan daripada
golongan yang disebut selepas ini suami,isteri, anak(termasuk anak angkat),
cucu, ibubapa, ibu mertua, menantu saudara seibu dan sebapa, anak kepada saudara
seibu dan sebapa, atau anak kepada saudara seibu dan sebapa atau ibu saudara
seibu dan sebapa atau anak kepada bapa atau ibu saudara seibu atau sebapa
kepada ahli dengan syarat seorang ahli boleh menamakan mana-mana orang lain dengan
bertulis yang ditandatangani sendiri di hadapan dan disahkan oleh Jaksa
Pendamai atau Majistret atau Pendaftar Pertubuhan.
18.2
Tiap-tiap ahli hendaklah diberi satu salinan undang-undang Pertubuhan ini.
1 8.3
Buku-buku berkenaan dengan Pertubuhan ini dan dafar ahli-ahli boleh diperiksa
oleh seseorang yang mempunyai sesuatu kepentingan dalam kumpulan wang
Pertubuhan dengan syarat memberitahu Setiausaha 5 hari terlebih dahulu.
18.4
Ahli-ahli yang ada kemusykilan terhadap pegawai-pegawai Pertubuhan atau
Pertubuhan ini boleh mengemukakan kemusykilan di dalam mesyuarat agong dan
keputusan mesyuarat Agong adalah mutlak dan tidak boleh dibawa ke
mahkamah.Bekas ahli dan mereka yang ada sangkutannya dengan Pertubuhan ini
boleh mengemukakan kemusykilan ke dalam Mesyuarat agong melalui ahli
Pertubuhan.
18.5 Ahli
yang sengaja melanggar undang-undang Pertubuhan ini atau berkelakuan tidak baik
sehingga mendatangkan atau akan mendatangkan keburukan nama baik atau kerugian pada
Pertubuhan ini boleh dipecat ahli dari menjadi ahli oleh mesyuarat
Jawatankuasa.Sebelum dipecat ahli itu mestilah diberitahu dengan bertulis tentang-tentang
sebabnya ia hendak dipecat ahli dan diberi peluang untuk memberi apa-apa
penjelasan yang ada dengan bertulis atau dengan menghadiri Mesyuarat
Jawatankuasa yang di adakan khas kerananya. Jika 2/3 daripada jumlah ahli-ahli Jawatankuasa
yang hadir dalam mesyuarat mengundi menyokong pemecatan, maka ahli dipecat
dengan serta merta. Walaupun demikian ahli itu boleh, jika tidak puas hati
merayu kepada Mesyuarat agong menurut ceraian 18.4 di atas.
18.6 Lima
puluh peratus daripada kumpulan-kumpulan wang Pertubuhan yang tidak segera
dikehendaki untuk membayar faedah-faedah, bolehlah dilaburkan dengan
cagaran-cagaran amanah atau dengan persetujuan Mesyuarat Agong dan diluluskan
oleh Pendaftar Pertubuhan atas syarat-syarat sebagaimana yang dikemukakan bagi
membeli tanah.
18.7 Badan
ini boleh menerima apa-apa bentuk derma daripada orang perseorangan,
kelab-kelab dan lain-lain Pertubuhan yang berdaftar atau badan-badan kewangan
yang lain. Juga ia boleh menjalankan berberapa kegiatan yang akan menambahkan tabung
kewangan dengan tidak menyalahi undang-undang Kerjaan Malaysia.
FASAL 19 PENGAMANAH
19.1 Tiga
orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di
dalam Mesyuarat agong dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh
Pertubuhan. Kepada mereka yang diamanahkan semua harta tetap dan Pelaburan Kumpulan
Wang Pertubuhan dengan menandatangani satu Surat Amanah. Seseorang ahli yang
memegang jawatan Setiausaha dan Bendahari dalam Pertubuhan ini tidak boleh
dilantik menjadi seorang Pengamanah.
19.2 Satu
salinan ketetapan melantik seorang pemegang amanah yang ditandatangani oleh
Pengamanah yang dilantik dan disahkan oleh Setiausaha hendaklah dihantarkan
kepada Pendaftar Pertubuhan.
19.3 Seorang
Pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya ke Mesyuarat Agong oleh sebab
unzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau lain
sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya
dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan
bagi seorang Pengamanah, maka kekosongan itu bolehlah dipenukan oleh Pengamanah
yang baru dilantik di dalam Mesyuarat Agong.
FASAL 20 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
Diantara
Mesyuarat-mesyuarat Agong, Mesyuarat Jawatankuasa bolehlah member tafsiran
kepada undang-undang ini dan memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung
di dalam undang-undang ini.Keputusan Jawatankuasa itu adalah muktamad jika
tidak atau sehingga dirombak oleh Mesyuarat Agong.
FASAL 21 PINDAAN UNDANG-UNDANG
Segala
pindaan kepada Undang-undang ini hendaklah diluluskan di dalam Mesyuarat Agong
oleh ahli-ahli yang hadir dengan suara terbanyak akan tetapi pindaan kepada
undang-undang yang akan mengurangkan bantuan yang ditetapkan dalam
Undang-undang ini hanya boleh dibuat dengan persetujuan tiga suku daripada
jumlah ahliahli Pertubuhan dengan cara undi sulit. Permohonan untuk pindaan Undang-undang
berdaftar hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari
daripada tindakan keputusan hendak membuat pindaan itu. Segala pindaan
undang-undang tidak boleh dijalankan kuatkuasanya sebelum terlebih dahulu
diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 22 PEMBERIAN SAGUHATI
Sesiapa dari
ahli Pertubuhan yang didapati banyak masa dan tenaga kerja melibatkan di dalam
kerja-kerja perjalanan Pertubuhan ini,saguhati akan diberikan kepadanya.
Pemberian ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agong Tahunan.
FASAL 23 PEMBUBARAN
Pertubuhan
ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan tiga perlima (3/5)
daripada jumlah ahli-ahli yang berhak mengundi di dalam mesyuarat agong
diadakan khas kerananya. Apabila keputusan didapati, maka segala hutang dan
piutang yang sah hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah
dibahagi-bahagikan mengikut keputusan Mesyuarat Agong untuk pembuburan
Pertubuhan ini. Kenyatan bersabit dengan pembuburan ini hendaklah disampaikan kepada
Pendaftar Pertubuhan di dalam masa 14 hari daripada tarikh pembubaran ini.
Disediakan
oleh Disemak
Oleh Disahkan
oleh
Setiausaha
Pertubuhan Bendahari
Pertubuhan Pengerusi
Pertubuhan
En M Rodzi b.A Kadir En Elias b.Jusoh En Jamil b.Sabirim
No comments:
Post a Comment