Setakat hari ini pertubuhan belum lagi menyalurkan wang dari tabung pertubuhan untuk kebajikan ahli kerana belum ada ahli yg telah layak untuk menerima bantuan tersebut oleh kerana proses pendaftaran ahli masih lagi belum selesai sepenuhnya. Jika segalanya berjalan lancar, tabung kebajikan ahli ini akan mula beroperasi pada bulan May 2016,iaitu selepas semua pendaftaran ahli telah lengkap.
Buat masa sekarang, bantuan yang diterima oleh ahli ialah dari sumbangan ikhlas dari sahabat-sahabat yang prihatin dengan menggunakan TABUNG DERMA yang diletakan oleh wakil pertubuhan di pondok pengawal dipintu masuk utama KSJ8.
Untuk pengetahuan semua TABUNG DERMA yang kita lihat pada hari ini ialah untuk membantu kos rawatan ISTERI Saudara Amir dari J11. Oleh kerana isterinya sakit, En Amir tidak dapat meneruskan tugas beliau seperti biasa kerana terpaksa merawat dan menguruskan hal ehwal keluarga dan rumah tangga.Oleh itu, marilah kita sama-sama membantu En Amir sekeluarga dengan seikhlas hati dan kemampuan kita untuk meringankan beban yang beliau hadapi sekarang,dan berdoa semoga isteri beliau segera sembuh dan En Amir boleh bertugas kembali seperti biasa...Jazakallahhukhairaa.
foto: En Nan sedang menyelia proses penghantaran BTS dan TABUNG DERMA
No comments:
Post a Comment