Saturday, 2 July 2016
Sunday, 10 April 2016
KETAHUI HAK ANDA.
KWSP SEBENARNYA Sediakan Bantuan RM2500, Tapi Korang aje Yang Tak Tahu-rugilah tak ambil tau hal duit ni,diaorg mmg tak nak korg taula kot, selamat duit ..
KWSP Sebenarnya Sediakan Bantuan RM 2500 Setiap 6 Bulan Kepada Semua Pencarum KWSP |
Tidak kira berapa umur anda, tidak kira berapa lama anda memegang akaun
KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada di dalam anda
akaun KWSP, dan kira berapa lama anda telah membayar kepada KWSP,
mengikut Undang-undang Kerajaan, KWSP perlu membayar RM 2500 untuk
keluarga pemegang akaun KWSP apabila dia / dia mati (ahli keluarga perlu
menuntut RM 2500 dalam tempoh 6 bulan).
Mungkinkah KWSP tidak pernah memberitahu kepada kita tentang pekara ini,
kalau di hitung, sangatlah sedikit keluarga yang benar-benar menerima
RM ini 2500 apabila ahli keluarga / beliau meninggal dunia, kerana tidak
ramai yang tahu tentang perkara ini. Di manakah ini RM 2500 pergi
apabila keluarga itu meninggal dunia itu tidak menuntut RM2500? poket
seseorang?? Kita tidak tahu!
Oleh itu, sila dihujani maklumat ini kepada semua anda keluarga,
saudara-mara, rakan sekerja dan rakan-rakan, biarkan mereka tahu tentang
maklumat ini dan jangan lupa untuk menuntut RM2500 apabila / mati
keluarganya beliau. Jangan biarkan ini RM 2500 pergi ke poket seseorang!
Rujuk dan isi borang di sini. Semoga bermanfaat sebarkan semoga menjadi pahala berterusan.
http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/207297/borang_kematian_-_utama__mei_2012_.pdf
Saturday, 9 April 2016
PENGENALAN
Usaha Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menerbitkan MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT merupakan satu komitmen untuk menggalakkan kesedaran kualiti khususnya dikalangan pengusaha ladang dan pekebun-pekebun kecil.Manual ini menghuraikan tatacara penggredan yang meliputi kaedah persampelan, kaedah penggredan, pengiraan kadar perahan serta dokumen-dokumen yang perlu untuk penggredan.
PENDAHULUAN
MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT ini disediakan sebagai satu panduan praktikal untuk menggred buah kelapa sawit dikilang.
OBJEKTIF
Objektif khusus adalah :-
I.
Untuk mempertingkatkan mutu
buah kelapa sawit yang dipasarkan ke kilang
II.
Untuk mempertingkatkan kualiti
pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia.
III.
Untuk mempertingkatkan
kecekapan kadar perahan minyak dan isirong kelapa sawit di kilang.
IV.
Untuk menentukan pembekal dan
pengilang mendapat pulangan yang setimpal.
PROSEDUR PENGGREDAN
Prosedur Persampelan: Pilih tandan secara rawak sebagai sampel daripada setiap
konsignasi yang hendak digred. Saiz sampel minima bagi konsignasi
kurang daripada 5 tan metrik ialah 50 tandan dan bagi konsignasi 5 tan metrik
atau lebih ialah 100 tandan.
Kekerapan
Penggredan: Kekerapan
penggredan bagi pembekal yang mempunyai ikatan kontrak jangka panjang ialah
1:10 lori. Jika tidak penggredan dibuat keatas semua konsignasi.Klasifikasi Tandan:
1.Tandan Masak ialah tandan segar yang berwarna oren kemerahan dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren. Tandan ini mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) soket segar buah relai dan lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah masih melekat pada tandan semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.
2.Tandan Mengkal ialah tandan segar yang berwarna oren kemerahan atau ungu kemerahan
dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren kekuningan. Tandan ini
mempunyai kurang daripada sepuluh (10) soket segar buah relai semasa
pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang
dalam masa 24 jam selepas dituai.
3. Tandan Muda ialah tandan segar yang berwarna hitam atau ungu kehitaman dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kekuningan. Tandan ini tidak mempunyai soket segar buah relai semasa pemeriksaan di kilang. Soket buah relai (jika ada) pada tandan buah muda bukan disebabkan oleh proses kemasakan biasa
4.Tandan Terlalu Masak ialah tandan segar yang mempunyai buah
berwarna merah tua dan lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah telah
relai daripada tandan tetapi sekurang-kurangnya sepuluh peratus (10%) buah
segar masih melekat pada tandannya semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan
buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.
-
5.Tandan Kosong ialah tandan yang lebih daripada sembilan puluh peratus (90%) buah telah relai dari tandannya semasa pemeriksaan di kilang.6. Tandan Busuk ialah tandan yang sebahagian atau kesemua bahagian tandan dan buah relainya telah berubah warna kepada kehitaman, busuk dan berkulat
-
Tandan Tidak Segar ialah tandan yang telah dituai dan dibiarkan di ladang lebih daripada 48 jam sebelum dihantar ke kilang dan semua atau sebahagian buah serta tangkainya telah layu. Tangkai tandan tidak segar biasanya kering dan berwarna kehitaman.
9.Tandan Lama ialah tandan yang telah dituai dan dibiarkan lama di ladang sebelum dihantar ke kilang. Buah yang masih melekat pada tandan ini telah kecut dan berwarna perang kehitaman. Tangkainya juga telah kecut, lembut, berserabut dan warna kehitaman.
10.Tandan Kotor ialah tandan yang lebih separuh daripada permukaan buahnya berlumpur, berpasir,beramang dan dicampur dengan batu atau jirim-jirim asing yang lain
11.Tandan Kecil ialah tandan yang mempunyai buah yang kecil dan beratnya kurang daripada 2.3 kg
12.Tandan Rosak ialah tandan yang lebih daripada 30 % bahagian buahnya telah rosak diserang oleh binatang-binatang perosak terutamanya tikus.
- Tandan Berpenyakit ialah tandan yang mempunyai buah yang tidak normal dari segi saiz atau kepadatannya atau tandan yang mempunyai lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah ‘parthenocarpic’
14.Tandan
Dura ialah tandan segar yang buahnya mempunyai
ciri-ciri seperti berikut :
- Tebal
tempurung
- 2-8 mm
- Nisbah tempurung dengan buah - 25-50 %
- Nisbah mesokarpa dengan buah -
20-60 %
- Nisbah isirong dengan
buah
- 4-20 %
- Tiada gelung serabut di sekeliling biji- Buah Relai ialah buah yang berwarna oren kemerahan yang gugur daripada tandan segar kerana masak. Buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas tandan dituai.
- Tandan Basah adalah merujuk kepada konsignasi buah kelapa sawit yang mempunyai kandungan air yang berlebihan.
Setakat hari ini pertubuhan belum lagi menyalurkan wang dari tabung pertubuhan untuk kebajikan ahli kerana belum ada ahli yg telah layak untuk menerima bantuan tersebut oleh kerana proses pendaftaran ahli masih lagi belum selesai sepenuhnya. Jika segalanya berjalan lancar, tabung kebajikan ahli ini akan mula beroperasi pada bulan May 2016,iaitu selepas semua pendaftaran ahli telah lengkap.
Buat masa sekarang, bantuan yang diterima oleh ahli ialah dari sumbangan ikhlas dari sahabat-sahabat yang prihatin dengan menggunakan TABUNG DERMA yang diletakan oleh wakil pertubuhan di pondok pengawal dipintu masuk utama KSJ8.
Untuk pengetahuan semua TABUNG DERMA yang kita lihat pada hari ini ialah untuk membantu kos rawatan ISTERI Saudara Amir dari J11. Oleh kerana isterinya sakit, En Amir tidak dapat meneruskan tugas beliau seperti biasa kerana terpaksa merawat dan menguruskan hal ehwal keluarga dan rumah tangga.Oleh itu, marilah kita sama-sama membantu En Amir sekeluarga dengan seikhlas hati dan kemampuan kita untuk meringankan beban yang beliau hadapi sekarang,dan berdoa semoga isteri beliau segera sembuh dan En Amir boleh bertugas kembali seperti biasa...Jazakallahhukhairaa.
foto: En Nan sedang menyelia proses penghantaran BTS dan TABUNG DERMA
Buat masa sekarang, bantuan yang diterima oleh ahli ialah dari sumbangan ikhlas dari sahabat-sahabat yang prihatin dengan menggunakan TABUNG DERMA yang diletakan oleh wakil pertubuhan di pondok pengawal dipintu masuk utama KSJ8.
Untuk pengetahuan semua TABUNG DERMA yang kita lihat pada hari ini ialah untuk membantu kos rawatan ISTERI Saudara Amir dari J11. Oleh kerana isterinya sakit, En Amir tidak dapat meneruskan tugas beliau seperti biasa kerana terpaksa merawat dan menguruskan hal ehwal keluarga dan rumah tangga.Oleh itu, marilah kita sama-sama membantu En Amir sekeluarga dengan seikhlas hati dan kemampuan kita untuk meringankan beban yang beliau hadapi sekarang,dan berdoa semoga isteri beliau segera sembuh dan En Amir boleh bertugas kembali seperti biasa...Jazakallahhukhairaa.
foto: En Nan sedang menyelia proses penghantaran BTS dan TABUNG DERMA
Subscribe to:
Posts (Atom)